Selesai

•April 24, 2008 • 1 Comment

” Buat rugi je tunggu sampai mase habis…Bukan dapat jawab pun” Bengang aku bila mengharapkan agar ilham dapat turun..tapi tak turun sampai ke sudah..

Terpaksa aku ‘menggoreng’ jawapan aku  agar lebih ‘rangup’…huahuahua. Alah….!! satu soalan je yang aku ‘goreng’…Yang lain semuanya aku jawab dengan sepenuh jiwa, walaupun ada la yang ‘rompong’ sikit..biasa la budak baru belajar.

Apa yang penting selesai sudah sastera Andalus yang menyeronokkan tapi tension ( tak dapat jawab full) dan ada satu paper sahaja yang tinggal ; Kemahiran Membuat Keputusan. Semoga aku mendapat keputusan yang baik nanti..huhuhu.

Sebenarnya untuk sastera Andalus tu aku dah hafal dan faham semuanya..tak tau kenapa masa exam lain pulak jadinya…Aku rasa malam tu aku banyak gelak la..sebab tu apa yang aku ingat tu terbang entah kemana..Nak buat macam mana…dah rezeki setakat tu je…banyak yang ingat je la yang aku jawab.

** Cuma yang aku harap boleh dapat ‘A’ untuk subjek ni…at least ‘B+’…tak la terkilan sangat

 

Dah…

•April 21, 2008 • 2 Comments

“Eh…dah Boleh masuk” Kata Kak Da kepada kami yang masih leka membaca.

“Dah boleh masuk dah…cepatnya” Rungutku

” Ye la..Ketua Pengawas dah suruh masuk” Balas kak Da

Aku melangkah masuk ke dewan dengan confidentnya campur seram skit-skit..Aku terus ke meja no.16…meja aku la ni(utk exam ni la)

Tanpa disuruh aku terus bukak soalan..tengok-tengok kalau kuar apa yang aku baca tadi…..Lega…!!! semua yang aku dah baca..

Jadinya aku boleh la menjawab dengan penuh Happynya untuk hari ni….

Mesej

•April 18, 2008 • 1 Comment

‘Sombong ke..buat-buat tak nampak’satu mesej ku terima..Aku tak layan la mesej camtu..memang cadangnya nak balas takut ada perbalahan pula.

‘Saya memang tak suka kalau orang yang kita kenal tapi buat-buat tak nampak, rasa macam malas je nak kawan dengan orang yang camtu,tau la ada kawan lain’..dia hantar lagi mesej tu bila dia tau aku tak akan balas punya mesej dia yang pertama tu.

‘Selama nie saya ada tak saya tak tegur orang yang saya kenal melainkan saya tak perasan’Balasku apabila aku merasakan yang ‘dia’ dah mula “berperang” dengan aku..

‘Dia’ tak balas pun…

Aku hantar lagi mesej kat dia(sbb nak suruh dia balas balik kat aku)  ‘ Kita ni tak baik nak berprasangka buruk kat orang kalau kita tak siasat dulu’….

‘Dia’ tetap tak balas sampai tika ini…

Aku sebenarnya tak kisah apa tanggapan ‘dia’ terhadap aku…Ikut suka ‘dia’ la

 

 

Ex4M

•April 17, 2008 • 2 Comments

Pedih mata menahan mengantuk..kononnya nak study…

Tapi asal bukak note je, ngantuk..

Tak de mood la nak study..aku pun tak tau bila ‘roh’ study tu nak datang…

Cepatla datang..!!!

Aku dah cuak nak exam nie..banyak lagi yang tak diselak…

Walaupun examnye 3 paper je….tapi banyak woo kena baca…

Kritikan…..Andalus lagi….ZZZT lagi(mamat tue tak bagi note lagi la….)

P/S:Ya Allah Tambahkanlah Ilmu Kami dan Permudahkanlah Kefahaman Kami…Jadikan Kami Orang Yang Berjaya Di dunia Dan Di Akhirat…Ameen!!!

Kenangan…

•April 16, 2008 • 1 Comment

Saat sepi cam gini memang sesuai nak mengenang masa muda-muda dulu. Time mula-mula masuk skolah menengah dulu…Meh la aku critekan..huhuhuuu

Aku dimasukkan di sekolah agama yang satu-satunya ada kat Lipis nie..Mula-mula mendaftar asrama..errrmmm memang menakutkan..mana taknya..dah la asrama papan..siling tandasnya plak dah separuh roboh, dah macam citer antu plak lantainya berlubang-lubang plak tu (Ini keadaan mase tu la) dan memang kebetulan aku punya katil betul-betul tepi lubang…jadi kalo jatuh berus gigi tu memang sure tak jumpe la..huhuuu.. tapi kalau aku nak crite tentang rupa asrama secara keseluruhan tu memang tak habis sbb tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata…..

Kawan sekatil aku(katil double dacker), biarlah kunamakan sebagai ‘T’ ( aku takut dia terbaca blog aku nie) sahaja agak membosankan pada mulanya tapi semakin baik sementelah dia satu kelas dengan aku…Nak dijadikan cerita pada Minggu Taaruf pelajar tingkatan satu, kami dikehendaki mengambil semua tandatangan pelajar senior, (untuk lebih kenal la kononnya, tapi menyusahkan aku je) jadi aku dan kawan aku nie nak ambikla tandatangan sorang senior nie..dia kata “bleh tp dengan satu syarat korang berdua kena nyanyi dulu lagu Sayang-sayang yang kumpulan Huda tu dengan gaya sekali”..Terkedu aku jap..tapi demi nak dapat tandatangan tu aku buat je la…tak dapat aku bayangkan gaya aku mase tu…memang segan.

Tak lama lepas tu, kami diarahkan berpindah ke asrama baru…ok la..satu blok 4 tingkat( yang guna 2 tingkat je)…dan aku diletakkan di Dorm B..teman seperkatilan aku masih lagi si ‘T’ tue…kat asrama baru ni memang boleh dikatakan lengkap dengan kemudahan..semua ada dan selesa berbanding dengan asrama sebelum ini..tapi orang kata tapak asrama nie keras skit..aku pun tak berapa nak percaya..tapi kalau berpandukan kepada sejarah sekolah nie memang pun…mase tue ada kes histeria tapi kat asrama perempuan la…katanya sampai Tengku Mahkota( sekarang dah jadi Sultan Pahang) turun padang…bukan nak main bola…turun melawat skolah kami nie…punya la hebatnya histeria mase tu sampai masuk majalah wawancara…tapi akhirnya reda setelah kawasan sekolah kami tu ‘dipagar’ oleh seorang ustaz…Tapi kejadian yang seumpama macam tu ada gak la terjadi kat asrama perempuan jugak…maklumlah perempuan kan makhluk yang mudah lemah semangat…

Aku pun duduk la kat asrama 4 tingkat tu sampai tingkatan 5…sepanjang duduk kat situ aku hanya berpindah sebanyak dua kali je..sronok la aku tak payah nak angkat-angkat barang..huhuhuu…

Sebenarnya aku nie memang seorang pendiam..tapi kalau sekali aku gelak memang pecah panggung huhuu..pernah sekali dah azan Asar tapi aku ngan kawan aku nie masih bergelak ketawa kat bilik(mase tu tengah wat jadual waktu) tiba-tiba GPK I datang…terus kena sound “Orang dah bang…tak reti nak turun semayang lagi ke…??”Dengan muka yang dah malu-malu… kami turun dengan gelak-gelak…huhuuuu. Pernah juga aku di cop sebagai mak nenek( ada ke patut..??) sebab kelantangan suara aku ketika orang lain tangah study..heheheh

Lagi satu… kitaorang nie memang suka berbaik-baik ngan mak cik dewan makan…kami tolong diaorang masak laape la…bukan ape dapat lauk lebih…huhuuuuu…jahat tak..???tapi yang penting mak cik tu dah kenal kitaorang yang selalu turun **’menyempe‘ kat dapur tu…

Tapi kalau aku pegi skolah mase skrang ni mesti dah tak best… ye la..dah banyak cikgu-cikgu yang pindah..yang tak pindahnya mak cik dewan makan je..huhuuu..Apa pun yang bangganya skrang nie skolah aku dah ada sains tulen..kiranya dah ‘up’ sket la..asrama papan tu pun dah dibaiki dan dijadikan dewan sekolah.

P/S: Walau apa pun..Engkau Sekolah ku ” I Love You..I Miss You “

 

Balik Kampung

•April 16, 2008 • 1 Comment

Lega rasanya setelah dapat pulang ke kampung halaman….Tapi pada hari aku nak balik tu mmg la sangat malang..mau tak nya..sampai je Lipis truss tertinggal bas..terpaksa tunggu bas lain..dah la lambat..lapar lagi.Nasib baik la adik aku datang jemput..kalo tak dah berbakul aku menyumpah

Macam biasa la..kalau aku balik umah..aku mesti nak suruh mak aku buat itu ini…huhuhu…aku mintak mak aku buat kuih yang aku minat tu je..tepung pulut yang diadun bersama kapur(kapur kerang) dan gambir(yang sireh punya tue) kemudian kita kukuskan…pastu bila nak makan kita gaulkan ngan kelapa parut dan air gula merah sebagai kuahnya…eerrmmmm mmg tak bleh blahh rasa dia..huhuhuhuu

Hari berikutnya aku belajar buat solok lada,,,huhuhuu…jangan ingat aku  tak pandai masak…nak-nal pulak nenek aku dari kelantan tu datang..mesti aku jadi mangsa untuk tolong dia itu ini…tapi aku redho je ada nenek camtu…ape pun solok lada yang aku buat tu tetap habis dimakan walaupun intinya agak berair skeet…dah baru belajar mesti ada kekurangan kan..hehehehhe

Tapi ada seperkara yang agak terkilan..aku tak berkesempatan nak melawat mak saudara aku yang sakit tu..dengar khabar menantu dia dah ajak orang datang mengaji…macam dah tak ade harapan je bunyinya..tapi aku tetap mengharapkan agar dia kembali macam dulu…sebab dia diantara mak saudara aku yang baik setakat ini…

**Sekarang nie terpaksa memikirkan semula tesis yang tak siap tu..exam lagi…Ya Allah tabahkanlah hati hambamu ini..berilah kekuatan untuk aku terus menghadapi dugaan dan ujian yang Engkau berikan..Ya Allah jadikanlah kami orang-orang yang berjaya di dunia dan di Akhirat..Aminn!! 

Raptai

•April 12, 2008 • 1 Comment

Seronok gak dapat tengok orang wat persembahan kat Festival Seni..Malam tadi aku ngan kawan aku pegi tengok pelajar kesenian buat raptai untuk malam Festival seni..Festival ini merupakan peperiksaan bagi pelajar yang mengambil kesenian la….tak kira la tarian ke..muzik asli ke..dan macam-macam lagi la..tak tersebut aku…jadi apalagi kami yang duduk kat situ mula mengomen segala yang berlaku..dari awal sampai nak abis raptai tu…hahahaaa

Yang mula-mula Pengarah Persembahan tu yang kena komen ngan kami…huhuhuu…tp aku rasa mmg kena komen pun…pada keseluruhannya dia tidak mampu nak mengawal pelajar..dan taklimat yang diberikan agak meleret sampai dapat kulihat kebosanan kat pelajar yang kat bawah nie…lagi satu…raptai yang sepatutnya bermula dalam pukul 9.00…dimulakan pukul 9.30 malam….

Apabila raptai bermula….ok la..dimulai dengan Gendang Wayang Kulit…pastu Gendang Silat…Rebana Ubi dan Kertuk…Kompang…dan yang bestnya mereka buat persembahan gabungan lima kumpulan gendang nie…masa nie bleh dikira ok lagi la….huhuhuhuuu

Pastu persembahan dari Angklung…diaorang bawak lagu Melly Goslow tp aku lupa la tajuknya ape…huhuhuuhu…apa yang penting kami yang duduk kat bawah nie cam tak dengar je ape yang diaorang mainkan…tp sebelum tu ada persembahan dari kombo Alat Muzik Klasik….memang mengasyikkan…lagu P.Ramlee plak kan….

Errmmm…pastu persembahan ape ekk..???Aku lupa la..tp part yang menarik apabila persembahan dari Muzik Asli..diaorang bawak lagu M.daud Kilau..huhuhuuu….yang tak boleh blahnya..penyanyi tu gelek dah ala-ala penyanyi sebenar…apa lagi dapat sorakan la…hahahahha..part lain yang mmg dianggap menarik adalah part tarian kontemporari..diaorang ni menggabungkan tarian-tarian asli tetapi ditarikan dengan cara yang moden…camtu la kot…!!! aku pun tak tau sangat….

Tapi yang penting diaorang dah buat yang terbaik…mana taknya  Pengarah Pusat Kebudayaan dah sound awal-awal “mana-mana kumpulan yang tidak membuat persembahan yang baik pada malam nie…tidak akan dibenarkan membuat persembahan pada malam esok(Festival Seni)”…huhuhuhuuuu

 

Apa tu??

•April 10, 2008 • 1 Comment

Hati aku agak senang ari nie…sebab bab 2 aku dah siap.huhuuhuu..Tapi bila mengenangkan esok nak jumpa ngan “mak tiri”….takut la..dah la bab satu aku dia banyak komen…nak komen xpe tp masalahnya dia kata kalo nak buat bibliografi pengarang kena cari buku yang cerita tentang pengarang tu…nasib baik “mak tiri” bagitau apa tajuk buku tu…kalo x masak aku…

Jadi esok aku kena bersedia la…dia reject ke…ape ke…tp aku cadang-cadang nak bagi je dulu bab 2 tu pastu mggu depan aku ambik..ok x..??..Bukan ape..aku tak nak mase cuti aku terganggu dengan memikirkan masalah tesis tu..huhuhuuu…

Ape pun aku x print lagi tesis tu..alah….pagi nanti la..kena wat awal ni…nak ambik gambar konvo lagik..pastu baru antar tesis…perancangan bijak…huhuhuu….aaaaaahhhhh…esok la pikir….

Huzun..

•April 7, 2008 • 1 Comment

Minggu lepas aku menerima satu panggilan dari emakku di kampung “Jangan tak tau..mak long dema masuk hospital”kata emakku. Terpaku aku jap. Macam tak percaya la pulak. Selama ni tak tau plak dia ada sakit ke…apa ke…tetiba je dengar masuk hospital. Kata emakku lagi mak long jatuh mase kat rumah dia..dan emakkku tak menceritakan dengan lebih lanjut lagi kepada aku.

Minggu ni aku dapat berita yang mak long aku dah mula sedar dan dipindahkan ke wad biasa. Lega aku mendengarnya. Tapi rasa tak sabar nak balik nak lawat dia..Antara banyak2 mak sedara yang aku ade mak long akulah yang paling baik dengan keluarga aku..bukan nak kata yang lain2 tu cam hampeh..tp sbb mak long aku duduk dekat ngan rumah aku…jadi hari2 dapat jumpa..

Mak long aku nie mmg dikira baik la..sbb apa aku kata..??Sbb tiap kali dia buat makan ke ape ke..mesti dia tak lupa kat kitaorang..ada je dia nak bagi..Mak aku selalu pesan kalo dah dapat keje..dapat gaji jgan lupa ngan orang tua tu..jadi sampai sekarang aku pegang apa yang mak aku kat nie..sbb tu la aku rasa cam sayu je bila dapat tau dia masuk hospital..Camne la keadaan dia sekarang ni..?? Apa pun aku tunggu je maklumat terkini dari emak aku nanti…

P/S:Aku pun tak tau bila la aku nak call emak aku kat kampung tu…huhuhuhu

Sufiah Oh Sufiah

•April 6, 2008 • 2 Comments

Semenjak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang seseorang yang sudah lama tidak disebutkan namanya; Sufiah. Kalau 10 tahun lalu kita berbangga dengan beliau kerana kehebatannya dapat memasuki Universiti Oxfort dalam usia yang muda. Pada ketika itu ramai yang mungkin menyanjungi kedua ibu bapa Sufiah kerana mampu ‘menyempurnakan’ anak mereka.

Tapi hari ini, kita mendengar sesuatu yang tidak enak berkenaan dengan gadis genius ini. Seseorang yang sepatutnya boleh berjaya dalam hidup dengan kepintarannya tetapi terjerumus ke lembah hina. Pada kali ini apa pula tanggapan orang ramai terhadap ibu bapa Sufiah.

Disebabkan hal itu, satu kempen ‘Selamatkan Sufiah’ telah dilancarkan. Pada pendapat saya satu pendekatan yang mulia untuk membantu seseorang yang telah tersasar jauh. Akan tetapi, mengapa mesti kita membazirkan wang untuk menolong seorang yang memang bukan rakyat Malaysia sedangkan ramai lagi yang tinggal di Malaysia ini yang terlibat dengan aktiviti pelacuran tetapi bagaikan tiada apa-apa. Apakah kita hanya dapat melihat ’semut’ diseberang sedangkan ‘gajah’ didepan mata buat-buat tak nampak.

Kes Sufiah ini juga mengingatkan kita bahawa betapa pentingnya hubungan kekeluargaan serta didikan yang sempurna dari ibu bapa. Jadi apakah kerana ingin melihat anak menjadi ’sempurna’ kita sanggup untuk meninggalkan sesuatu yang lebih penting dari itu; didikan agama. Bukan nak kata ibu bapa Sufiah tidak memberikan didikan agama tapi mungkin kerana keadaan keluarga yang kucar-kacir juga menjadi sebab utama kepada kes Sufiah ini.

P/S: kadang-kala terbit rasa kasihan mendengar berita seperti ini. Tidak dapat dibayangkan seorang yang cantik bijak dalam akademik turut ‘bijak’ menggunakan kecantikan dalam hal yang lain. Tapi nak buat macamana mungkin kehidupan tidak menyebelahi beliau.