Maha Kuasa
Aku ada menonton suatu dokumentari berkenaan dengan kehebatan Allah dalm satu lama web…cerita dia tentang langit yang menjadi pelindung kepada kita. Dalam dokumentari nih dia membawakan satu ayat al-Quran yang bermaksud ” Dan Kami menjadikan langit itu sebagai atap yang terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda-tanda(kekuasaan Allah) yang terdapat padanya”.(al-Anbiya’:32).
Jadi menurut ayat al-Quran ini, dokumentari berkenaan mnceritakan bahawa langit serta atmosfera telah dikaji secara ilmiah pada abad ke-20. Fungsi utama lapisan itu adalah menahan sinaran yang tidak memberi manfaat kepada manusia dari menerjah masuk ke Bumi. Langit dan Atmosfera berkenaan hanya akan membenarkan sinaran-sinaran tertentu sahaja menembusinya..katanya lagi, lapisan ini juga melindungi Bumi dari suhu sejuk melampau ruang angkasa yang melebihi 270 dibawah celsius….
Di sini aku pula mengakui bahawa sememangnya apa yang dibawakan oleh dokumentari itu adalah benar kerana bukan sahaja dibawakan ayat al-quran tetapi terdapat juga kajian yang membuktikan kesahihannya. Oleh itu, memang tidak Syak lagilah bahawa apa yang dibawa oleh al-Quran itu memang benar dan bukanlah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Leave a Reply