Hujan

“Hari-hari hujan”..kadangkala kita merungut terhadap fenomena yang satu ini. Itulah manusia…kalau hujan merungut, kalau tak hujan pun  merungut jugak. Padahal kita ni sebagai manusia tiada hak langsung untuk merungut..kita patutnya redha je atas apa yang berlaku..

Mengapa Allah turunkan hujan….?? Dulu..Ustaz selalu kata “Walaupun manusia tak perlukan hujan tetapi masih ada makhluk lain yang mengharapkan hujan, itulah sebabnya hujan turun. Ustaz juga selalu pesan kalau hujan turun kita nie digalakkan untuk berdoa sebab ketika hujan pintu langit terbuka luas. Jadi rajin-rajinkan diri kita ni nak doa bila hujan turun.. Inilah  peluang kita untuk berdoa selain doa kita selepas sembahyang…kalau hari-hari hujan turun..hari-hari kita boleh berdoa..Kan rahmat tu…Orang selalu kata hujan tu rahmat…inilah rahmatnya…

Kadangkala hujan yang diturunkan Allah ini mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur dengan rezeki yang datangnya dari hujan ini. Tidak semua orang boleh merasai nikmat hujan seperti yang dapat kita rasa. Kadangkala juga hujan ini diturunkan untuk menguji manusia di dunia ini. Apakah mereka menerimanya atau tidak.

Kalau hujan turun lagi..apa kata kita berdoa “Ya Allah…Sekiranya hujan yang Engkau turunkan ini membawa rahmat kepada kami..Maka limpahkanlah kepada kami..dan sekiranya hujan ini membawa bencana kepada kami,,,Maka jauhkanlah daripada kami…Sesengguhnya Engkau lebih mengetahui daripada kami….Ameen”

 


Leave a Reply