Aku Yang Bernama…
Nama diberi Junaidon Bin Abdul Majid. Telah diputerakan pada 5 Oktober 1986 di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Dengan segala kepayahan dan keperitan aku dibesarkan. Akulah orang pertama yang melihat kesusahan ibu bapaku mencari rezeki dengan hanya bekerja kampung pada ketika itu. Aku diberikan pendidikan yang sempurna walaupun ibu bapaku terpaksa untuk berhutang dengan orang untuk membiayai yuran sekolahku.
Hari berganti hari, tahun berganti tahun dan akhirnya aku menerima tawaran dari Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran. Pada ketika itu, aku merasakan aku telah berjaya mengembirakan hati kedua ibu bapaku kerana semuanya adalah di atas usaha mereka yang tak pernah jemu untuk menyaksikan anaknya berjaya.
ketika dulu( mase darjah 6 kot), aku selalu berfikir kenapa aku dilahirkan dalam keluarga yang susah( tapi tak pernah lah sampai tak makan) dan macam-macam lagi pertanyaan yang sememangnya tidak mampu kujawab. Tapi pada hari ini, aku merasakan segala pertanyaan itu sudah pun terjawab. kalaulah dulu aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang agak susah, adakah pada hari ini aku mampu menjadi orang yang bersyukur dengan apa yang ada sahaja, apakah aku menjadi orang yang taat kepada ibu bapa, adakah aku menjadi anak yang baik. Tetapi sememangnya telah dtentukan Tuhan, apa yang berlaku tetap ada hikmah yang terselindung disebaliknya..

page yang best..banyak cerita..
tapi gambar empunyanya blog tiada..
ape salahnya kalau diisi jugaaa…
wawawa..:)
peace not war..
walau aperpun..terjadi.
chaiyok..
daaaa..