Penat
Sudah lama rasanya aku tidak menulis di sini al-maklumlah rumah aku bukannya ada wireless dan aku memang tak ada broadband..huhuhuu.Tepaksa aku merempat di CC kat CentrePoint nie.
Belum habis lagi rasanya penat aku semalam. Bukan apa pun..aku terpaksa menemani adik aku ke ladang getah berdekatan (jenuh kena suruh ngan ayah aku)..tolong mana yang patut je. Aku ni bukannya pandai sangat menoreh ni..nama je duduk kampung.
Kalau selama nie adik aku menoreh dengan ayah aku, tapi disebabkan ayah aku dilanggar orang dan menyebabkan kakinya membengkak. Dah tak boleh jalan. Jadi nak tak nak terpaksa aku yang menemani adik aku ni.
Pasal ayah aku kena langgar lari ni aku tau semasa aku kat UKM lagi(masa nak siapkan tesis aku)..masuk minggu ni dah 2 minggu ayah aku duduk kat rumah dan sekarang ni dah mula boleh berjalan. Aku bersyukur sangat. Tapi apa yang merisaukan aku adalah aku masih lagi bersenang-lenang di rumah..bila la aku nak cari keje ni…???
satu lagi yang penting…21/6 aku akan menghadapi satu lagi peperiksaan untuk melayakkan aku mengambil diploma(aku harap layak la) dan itu pun merisaukan aku…Doakan la aku moga aku berjaya untuk peperiksaan kali ni..Aku pun nak jadi cikgu gak..bukan Nuar je…Huhuhuhu

hmmm…dah bercita2 jd ustaz ya…kalo gitu aku pun nk jd la..tp nk jd tutor
hehehehe
hmm, besalah penat