Masalah Exam
Sepanjang minggu lalu. Masalah banyak, dan aku cuba menghadapi semuanya. Hari ini. Aku dah melalui semuanya.
MASALAH
Sepanjang minggu lepas, aku asyik merungut sebab masalah yang terlalu banyak dan satu tazkirah yang aku dengar dari radio menyedarkan aku..Kata pakar motivasi tu..apabila kita menghadapi masalah, sebenarnya kita ini akan mencapai sesuatu yang baru dalam hidup kita, masalah juga akan mematangkan kita dalam membuat keputusan.. katanya begitu. Aku Pasrah
EXAM
Exam pada hari Sabtu lepas memang membosankan..Bangun pagi. Bersiap. Boceng moto ke Pusat Peperiksaan kat Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Tak la jauh mana dari rumah aku..tapi lenguh juga punggung aku.Sampai je aku terus mendaftar dan masuk ke dewan Exam di Dewan Besar(tak besar pun sebenarnya). Aku bertanya tentang tempat dudukku…Akak tu minta aku tunggu sebab tak cukup meja (Bukan tak cukup meja tapi takada ruang nak letak meja). Jadinya aku terpaksa menunggu dengan beberapa orang lagi. Apa yang aku nampak Calon guru banyak wanita dari lelaki termasuk aku. Aku terpaksa duduk di meja yang calonnya tak datang (kalau datang calon tu, naya aku). Peperiksaannya adalah berkenaan sifat-sifat seorang guru, soalan Math (aku benci), soalan Bahasa Inggeris juga yang berkaitan dengan etika perguruan.
Selama dua jam setengah aku kat dalam dewan tu. Pening. Panas. Lenguh. Bila diumumkan keluar, semua berebut nak keluar (macam ni ke calon Guru). Akhirnya, selesai juga peperiksaan tu dan aku cuma mampu menaruh harapan agar semuanya baik-baik saja.

Leave a Reply