Sahabat..??

Tamat semester ini, maka genaplah tiga tahun aku berada di Universiti ini..tempat yang banyak memberi pengalaman hidup kepada aku…maklumlah di sini, semuanya kena dilakukan dengan sendiri..dari yang sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besarnya. 

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang aku berada di Universiti ini..perkara yang mengembirakan..yang menyedihkan..yang mengharukan..dan erti persahabatan yang paling utama..

Di sini juga baru aku mengenal yang mana  kawan dan mana yang hanya gunting dalam lipatan..berpura baik di depan, dan mula bercakap bila di belakang..aaahhhh..!! Aku dah biasa dengan semua ni..

Kadangkala aku ni hanya kawan ‘dia’ apabila dalam kesusahan..bila dah tak ada duit..baru terhegeh-hegeh mencari aku…dah tu, pernah suatu ketika ‘dia’ meminjam barangku dan liat pula memulangkannya…bila aku memintanya…dengan mudah ‘dia’ menjawab “kau ni..barang lapuk tu pun nak berkira..dah papa kedana sangat ke..??” Ini bukan soal berkira atau tak tapi yang penting itu barang aku..pulaknya aku mintak barang tu bukannya mintak duit..Aku rasa nak tanya je..sape yang kedana..aku ke ‘dia’….?

Apa pun..semua itu dah berlalu..dan aku pun dah nak Grad…bagi aku kisah lama akan ku lupakan tapi apa yang ‘dia’ buat aku akan ingat..

** Sahabat Sejati Adalah Yang Sentiasa Dalam Susah Dan Senang…Teman Ketawa Senang Dicari, Teman Menangis Itulah Yang Dicari..

~ by jund86 on May 4, 2008.

One Response to “Sahabat..??”

  1. hmm…yang penting ‘dia’ tue bukan sayer kan..
    sebab kitekan selalu nangis sama2..hahahaha
    tiubbbbbbbbbbaaaaa jjaaaaaaaaaaaahhhhhhhh

Leave a Reply