Belasungkawa
Petang Ahad lalu aku dikejutkan dengan satu panggilan dari ayahku ‘ Mak Long dah meninggal ‘ Terkedu aku seketika. Aku tanya ‘ Mak Long meninggal..??Bila..??’ Tak sempat ayah aku nak menjawab, talian terputus…tension betul aku. Tetapi sebaris ayat yang menyatakan Mak Long ku meninggal dunia memang mengejutkan aku…
Rasa memang terkilan sangat sebab semasa aku cuti dulu, aku tak sempat nak melawat emak saudara aku ni..dia duduk kat rumah anak dia pulak( dah la jauh ). Nampaknya lepas nie memang aku tak akan jumpa dia lagi la..
Sedih..memang sedih bila mengenangkan dialah satu-satunya mak saudara yang paling dekat dengan kami sekeluarga..setiap kali hari raya dia pasti menghulurkan duit raya kepada aku ( walaupun dah besar panjang), dan adik-adik aku walaupun hanya dua tiga ringgit je. Jadi sekarang ni kalau hari raya aku dah tak tau kemana tempat pertama yang aku akan ziarahi kerana setiap kali hari raya rimah Mak Long lah tempat kami akan bertandang dahulu.
Aku teringat lagi apabila setiap kali aku pulang bercuti di kampung…kalau aku tak pergi menziarahi Mak Long aku ni..sudah pasti akan dengar bebelan panjang dari dia. Nak tak nak pergi jugalah rumah dia jap…nak jaga hati orang tua..
Mak Long aku ni memang seorang yang sangat pemurah..setiap kali musim buah..tak pernah lupa kat kami. Mak Long aku ni memang tanam pokok buah kat sekeliling rumah dia, jadi kalau musim buah, tak datang bawa plastik besar…memang tak lama..ada je ayat dia ” dah tau datang nak jolok buah..bawak la plastik beso skit…ade ke beso tu”. Lagi satu yang memang aku suka dengan Mak Long aku nie, dia memang juga tak pernah nak berkira dengan sesiapa pun, menyebabkan ramai yang senang dengan sikap dia..
Tapi kini perginya dia seorang yang tiada berharta tapi kaya dengan nilai hidup yang tinggi..semoga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya dan diletakkan dengan golongan orang yang beriman…Ameen

semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya…