Penat

•June 17, 2008 • 2 Comments

Sudah lama rasanya aku tidak menulis di sini al-maklumlah rumah aku bukannya ada wireless dan aku memang tak ada broadband..huhuhuu.Tepaksa aku merempat di CC kat CentrePoint nie.

Belum habis lagi rasanya penat aku semalam. Bukan apa pun..aku terpaksa menemani adik aku ke ladang getah  berdekatan (jenuh kena suruh ngan ayah aku)..tolong mana yang patut je. Aku ni bukannya pandai sangat menoreh ni..nama je duduk kampung.

Kalau selama nie adik aku menoreh dengan ayah aku, tapi disebabkan ayah aku dilanggar orang dan menyebabkan kakinya membengkak. Dah tak boleh jalan. Jadi nak tak nak terpaksa aku yang menemani adik aku ni.

Pasal ayah aku kena langgar lari ni aku tau semasa aku kat UKM lagi(masa nak siapkan tesis aku)..masuk minggu ni dah 2 minggu ayah aku duduk kat rumah dan sekarang ni dah mula boleh berjalan. Aku bersyukur sangat. Tapi apa yang merisaukan aku adalah aku masih lagi bersenang-lenang di rumah..bila la aku nak cari keje ni…???

satu lagi yang penting…21/6 aku akan menghadapi satu lagi peperiksaan untuk melayakkan aku mengambil diploma(aku harap layak la) dan itu pun merisaukan aku…Doakan la aku moga aku berjaya untuk peperiksaan kali ni..Aku pun nak jadi cikgu gak..bukan Nuar je…Huhuhuhu

Jatuh

•June 4, 2008 • 1 Comment

Petang itu aku dan D pergi ke  CC untuk print tesisku. Nak dijadikan cerita, kami menunggang di belakang sebuah lori pasir. Aku dan D beusaha untuk mengelak dari terlanggar lori berkenaan dan menyebabkan aku hampir terjatuh dari boncenganku. Adalah nasib baik kerana aku dan tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Ketika aku prasekolah juga, aku pernah terjatuh dari tempat yang agak tinggi dan menyebabkan aku patah ditangan kananku. Aku dibawa berjumpa dengan tukang urut. Esak dan tangusku memang tak dapat diceritakan. Memang sakit. Pada akhir upacara pengurutan dan tanganku dibalut aku diminta minum minyak panas  yang telah  ‘disejukkan’  dengan doa.

Rasaku itu diantara peristiwa yang masih aku ingat sampai sekarang. Peristiwa yang menyebabkan aku fobia dengan ketinggian(betul ke ni)

Esok…??

•May 30, 2008 • 1 Comment

“Esok mana boleh”jawab kawanku tatkala aku menyatakan bahawa aku akan menghantar draf penuh tesisku pada hari esok.

“kenapa plak…?Aku. “Esok hari apa..?Dia bertanya

“Hari Selasa..”Jawapanku disambut dengan hilai tawa mereka. “esok kan Sabtu”Katanya..

“Sabtu ke…?”.Aku baru teringat sebab dari tadi aku berkira-kira mahu menghantar esok

Masalah Exam

•May 27, 2008 • Leave a Comment

Sepanjang minggu lalu. Masalah banyak, dan aku cuba menghadapi semuanya. Hari ini. Aku dah melalui semuanya.

MASALAH

Sepanjang minggu lepas, aku asyik merungut sebab masalah yang terlalu banyak dan satu tazkirah yang aku dengar dari radio menyedarkan aku..Kata pakar motivasi tu..apabila kita menghadapi masalah, sebenarnya kita ini akan mencapai sesuatu yang baru dalam hidup kita, masalah juga akan mematangkan kita dalam membuat keputusan.. katanya begitu. Aku Pasrah :)

EXAM

Exam pada hari Sabtu lepas memang membosankan..Bangun pagi. Bersiap. Boceng moto ke Pusat Peperiksaan kat Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Tak la jauh mana dari rumah aku..tapi lenguh juga punggung aku.Sampai je aku terus mendaftar dan masuk ke dewan Exam di Dewan Besar(tak besar pun sebenarnya). Aku bertanya tentang tempat dudukku…Akak tu minta aku tunggu sebab tak cukup meja (Bukan tak cukup meja tapi takada ruang nak letak meja). Jadinya aku terpaksa menunggu dengan beberapa orang lagi. Apa yang aku nampak Calon guru banyak wanita dari lelaki termasuk aku. Aku terpaksa duduk di meja yang calonnya tak datang (kalau datang calon tu, naya aku). Peperiksaannya adalah berkenaan sifat-sifat seorang guru, soalan Math (aku benci), soalan Bahasa Inggeris juga yang berkaitan dengan etika perguruan.

Selama dua jam setengah aku kat dalam dewan tu. Pening. Panas. Lenguh. Bila diumumkan keluar, semua berebut nak keluar (macam ni ke calon Guru). Akhirnya, selesai juga peperiksaan tu dan aku cuma mampu menaruh harapan agar semuanya baik-baik saja.

Hari ini

•May 20, 2008 • 1 Comment

Hari ini merupakan hari yang agak malang bagi aku…biar aku ceritakan sikit perjalanan hidup aku untuk hari ini..

Bermula bangun pagi…awal aku bangun..semata-mata nak berbaris awal di BSN(nak bli no.pin) sebab BSN bukak pukul 9..tapi malangnya setelah bergegas..BSN tak bukak lagi.. dari pukul 9 sampai pukul 10 aku tunggu..berangin jap rasanya…rupanya kunci BSN telah dipegang oleh seseorang dan orang berkenaan pulang ke kampung kerana emergency …dan BSN lambat dibukak sebab nak ambik kunci pendua kat Shah Alam (jauhnya kunci tu duduk….)

Setelah selasai beli no. pin tu aku terus ke Fakulti.. nak ambik draf yang aku hantar jumaat lepas dalam pukul 1015 aku sampai Fakulti…sampai je kat bilik penyelia aku..terus kena hentam lagi..sampai dua jam aku kat dalam bilik dia..

Aku masih lagi terfikir-fikir nak buat kat mana pembetulan tesis tu…dah la monitor desktop aku rosak…masih bertimpa masalah aku ni…

Tapi yang penting 22/5 aku balik rumah…sebab nak uruskan yang exam JQAF tu…terpaksa tangguh nak hantar tesis tu….

Bosan+Bengang+Tension=??

•May 18, 2008 • 2 Comments

Hari ini, aku lagi bengang tambah tension tambah bosan..desktop aku buat hal la pulak..selama ni elok je..tetiba je hari nak maragam. Aku dah tak tau nak buat camne..bila bukak je, monitor dia tak terbukak..aku ni bukannya pandai sangat bab-bab komputer ni..

Dulu pernah sekali jadi macam ni..bila aku tanya kedai baiki komputer..diaorang kata daripada baiki baik beli je…kurang asam punya abang tu..ada ke patut suruh aku beli baru, dah la aku beli LCD tu mahal(masa tu la).

Sekarang ni bertambah bosan la aku kat sini……

Tension

•May 17, 2008 • 2 Comments

Sudah lama rasanya aku tidak menulis, takde internet plak kan…(tension bagai)

Petang semalam baru aku perasan yang minggu depan merupakan minggu aku yang paling sibuk…cuba bayangkan..aku bercadang nak jilid tesis aku pada hari Selasa sebab aku nak ambik ngan penyelia aku hari Isnin tapi sebab hari Isnin cuti  Wesak aku terpaksa tangguh. Dah la nak jilid memakan masa tiga hari. Kalau aku jilid Rabu sah-sahlah hari Jumaat baru dapat.

Hari sabtunya pula aku ada exam untuk permohonan J-QAF aku..jadi aku kena balik awal(camne nak awal tesisi tak hantar lagi) dan yang penting hari Isnin 26/5 tarikh tutup permohonan diploma perguruan(uwaaaa…no.pin tak beli lagi).

Inilah antara masalah yang menyesakkan aku sekarang. Haaaa…rugi je aku ambik Kemahiran Membuat Keputusan kalau aku tak mampu nak aplikasikan…Aku cuma harap segalanya akan berjalan lancar..

meLAYU

•May 7, 2008 • 1 Comment

Pernah suatu ketika aku di sekolah menengah, seorang guru Bahasa Melayu membebel sampai dekat nak abes waktu subjek tu..bukan sebab apa pun..remeh je, budak baca Slow…Macam-macam dia bebelkan sampai rasa nak pekak sekejap.

“Ni la Orang melayu…baca pun perlahan…boleh kuat skit tak..??”Tegurnya dengan nada marah menyebabkan satu kelas terpana…Nak je aku tanya apa kaitan orang melayu ngan baca Slow..???

“Ye lah..dah la nama meLAYU..nak membaca pun LAYU jugak..makin layu la..tak tau bila nak segarnya”Tambahnya lagi..Lagi terpana la kelas tu.

**Nak buat macamana Cikgu…dah nama bangsa Melayu.. takkan boleh tukar pulak..Tapi rasa-rasa kalau nak tukar…nama apa yang sesuai..??

Sahabat..??

•May 4, 2008 • 1 Comment

Tamat semester ini, maka genaplah tiga tahun aku berada di Universiti ini..tempat yang banyak memberi pengalaman hidup kepada aku…maklumlah di sini, semuanya kena dilakukan dengan sendiri..dari yang sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besarnya. 

Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang aku berada di Universiti ini..perkara yang mengembirakan..yang menyedihkan..yang mengharukan..dan erti persahabatan yang paling utama..

Di sini juga baru aku mengenal yang mana  kawan dan mana yang hanya gunting dalam lipatan..berpura baik di depan, dan mula bercakap bila di belakang..aaahhhh..!! Aku dah biasa dengan semua ni..

Kadangkala aku ni hanya kawan ‘dia’ apabila dalam kesusahan..bila dah tak ada duit..baru terhegeh-hegeh mencari aku…dah tu, pernah suatu ketika ‘dia’ meminjam barangku dan liat pula memulangkannya…bila aku memintanya…dengan mudah ‘dia’ menjawab “kau ni..barang lapuk tu pun nak berkira..dah papa kedana sangat ke..??” Ini bukan soal berkira atau tak tapi yang penting itu barang aku..pulaknya aku mintak barang tu bukannya mintak duit..Aku rasa nak tanya je..sape yang kedana..aku ke ‘dia’….?

Apa pun..semua itu dah berlalu..dan aku pun dah nak Grad…bagi aku kisah lama akan ku lupakan tapi apa yang ‘dia’ buat aku akan ingat..

** Sahabat Sejati Adalah Yang Sentiasa Dalam Susah Dan Senang…Teman Ketawa Senang Dicari, Teman Menangis Itulah Yang Dicari..

Belasungkawa

•April 28, 2008 • 1 Comment

Petang Ahad lalu aku dikejutkan dengan satu panggilan dari ayahku ‘ Mak Long dah meninggal ‘ Terkedu aku seketika. Aku tanya ‘ Mak Long meninggal..??Bila..??’ Tak sempat ayah aku nak menjawab, talian terputus…tension betul aku. Tetapi sebaris ayat yang menyatakan Mak Long ku meninggal dunia memang mengejutkan aku…

Rasa memang terkilan sangat sebab semasa aku cuti dulu, aku tak sempat nak melawat emak saudara aku ni..dia duduk kat rumah anak dia pulak( dah la jauh ). Nampaknya lepas nie memang aku tak akan jumpa dia lagi la..

Sedih..memang sedih bila mengenangkan dialah satu-satunya mak saudara yang paling dekat dengan kami sekeluarga..setiap kali hari raya dia pasti menghulurkan duit raya kepada aku ( walaupun dah besar panjang), dan adik-adik aku walaupun hanya dua tiga ringgit je. Jadi sekarang ni kalau hari raya aku dah tak tau kemana tempat pertama yang aku akan ziarahi kerana setiap kali hari raya rimah Mak Long lah tempat kami akan bertandang dahulu.

Aku teringat lagi apabila setiap kali aku pulang bercuti di kampung…kalau aku tak pergi menziarahi Mak Long aku ni..sudah pasti akan dengar bebelan panjang dari dia. Nak tak nak pergi jugalah rumah dia jap…nak jaga hati orang tua..

Mak Long aku ni memang seorang yang sangat pemurah..setiap kali musim buah..tak pernah lupa kat kami. Mak Long aku ni memang tanam pokok buah kat sekeliling rumah dia, jadi kalau musim buah, tak datang bawa plastik besar…memang tak lama..ada je ayat dia ” dah tau datang nak jolok buah..bawak la plastik beso skit…ade ke beso tu”. Lagi satu yang memang aku suka dengan Mak Long aku nie, dia  memang juga tak pernah nak berkira dengan sesiapa pun, menyebabkan ramai yang senang dengan sikap  dia..

Tapi kini perginya dia seorang yang tiada berharta tapi kaya dengan nilai hidup yang tinggi..semoga Allah mencucuri Rahmat ke atasnya dan diletakkan dengan golongan orang yang beriman…Ameen